Posts

Showing posts from June, 2019

Pasaran bundle

PASARAN BUNDLE Baju bundle sangat popular di Malaysia, Indonesia, Kemboja, Thailand, Vietnam & Filipina. Selain murah, industri baju bundle juga menyediakan akses kepada jenama asing terkenal, gaya, budaya & fashion.Beberapa item yang telah dinilai sebelum pembungkusan & ini akan lebih tinggi bayarannya. Semakin tinggi grade, semakin baik kualiti barang.  Kita harus mendapatkan barang "bundle" yang nyata. Permainan dunia bundle adalah seperti baju, seluar, kasut, jam, topi, kaca mata & sebagainya. Bagi pengumpul tegar barang bundle mereka mencari barang lama @ vintage seperti Levi’s Big E, Rindem, Sidedam & sebagainya.

Tips memulakan perniagaan bundle

BALE TOKOL BUNDLE Nak mulakan perniagaan bundle? Nak dapatkan tips? Sini Sha ada sedikit tips. Perbezaan antara belian kilo a.k.a Biz/ bisnes Purpose dan belian bale tokol bundle. Biz purple, seller beli toko, kemudian bungkuskan balik dalam bentuk yang lebih kecil. Biasanya bale 45-50 atau sehingga 80-100 kg. Seller akan repack balik dalam 1 kg, 2kg 5kg atau 10 kg. Repack ni mungkin tidak repack betul-betul. Hanya letak dalam plastik lutsinar atau hanya timbang sahaja dan bungkus biasa untuk dipos. Kalau anda nak ambil Kilo, di bawah ini adalah sedikit tips: Survey dulu Tak perlu sort – ambil masa yang lama untuk sort Iron cantik-cantik Risiko kurang Ambil bau Stain – Sental Studi fotofon Studi pasaran (market) Kalau on boleh ambil bale Biar terpakai asalkan ori. Nak fake/copy pergi beli di Uptown. Pam modal untuk borong di China. Kalau nak berniaga bundle lebih baik ambil bale – ori dari kilang. Bukan yang dah dibuka. Sebab kalau dah pili...

Tips membeli pakaian di kedai bundle

TIPS MEMBELI PAKAIAN DI KEDAI BUNDLE 1. Rancang masa perjalanan anda Aku gerenti, 1 jam pun belum cukup untuk korang belek semua baju yang ada di kedai bundle yang besar tu. Sila pergi ke kedai bundle pada hari yang korang rasa santai, sebab korang kena spend masa yang agak lama untuk pilih pakaian. 2. Memilih pakaian yang elok dan bersih Ini personal tips aku kalau nak beli baju di bundle, aku akan selak dengan sepantas kilat dan sekali lalu semua baju-baju yang bergantung tu (ya, semua) dan ambil mana yang aku berkenan. Dah siap selak semua, aku check betul-betul yang aku dah berkenan tu, kena pastikan ada cacat cela ke tak..then pilih yang terbaik. 3. Bersiap-sedia dengan kekecewaan Dah spend berejam belek-belek pakaian kat sana, tup..tup akhirnya tak dapat apa pun. Takde yang berkenan, ada yang berkenan tapi ada kotoran degil pulak..so itu memang lumrah kalau kita shopping di bundle. Aku pun selalu dah belek satu kedai, tapi balik dengan tangan kosong. 4. Cu...

Fakta-fakta tentang bundle 11

TAK KOTOR DAN BERPENYAKIT KE PAKAIAN BUNDLE semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil  "bau bundle" ... bau bahan kimia yang digunakan tu. tp di XY BUNDLE, kita orang basuh dan gosok dahulu pakaian bundle ni sebelum dijual supaya lebih bersih dan cantik. dah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau. dah panjang dah ni... cukuplah sampai disini dulu.. next post nanti aku akan ceritakan pula tentang harga pakaian bundle ni... macam mana penjual bundle ni letakkan harga mereka...

Fakta-fakta tentang bundle 10

APA YANG MENARIK TENTANG BUNDLE kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. tp apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.

Fakta-fakta tentang bundle 9

JENIS PAKAIAN BUNDLE jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

Fakta-fakta tentang bundle 8

APA SEBENARNYA PAKAIAN BUNDLE Pakaian bundle ini sebenarnya pakaian yang terpakai yang dimport dari luar negara seperti USA, JEPUN, UK, KOREA dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni.Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh menjumpai pakaian itu dengan 'tag'. Kemungkinan besar pakaian itu tidak pernah dipakai ataupun pakaian itu direject atau stok lama dari kedai

Fakta-fakta tentang bundle 7

Di sini, saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai baju bundle/terpakai/pre-loved yang kami jual. 1. Setiap baju yang terdapat SAHABATBUNDLE00 adalah baju yang pernah dipakai/dimiliki oleh seseorang. So, maksudnya baju second hand lah. Mereka menjual baju tersebut atas pelbagai alasan seperti memerlukan wang, baju tidak muat dan sebagainya. Oleh itu, kualiti setiap item adalah tidak sama. Ada yang masih berada dalam kualiti yang tinggi dan ada yang sederhana sahaja. Jadi kami ingin menekankan di sini bahawa setiap pembelian adalah atas risiko anda sendiri. 2. Setiap baju yang dijual ada yang berjenama terkenal dan tidak berjenama. Team kami memilih setiap baju itu sendiri berdasarkan design dan gaya yang pastinya akan kelihatan cantik pada si pemakai. Setiap baju mempunyai nilai fashion yang tersendiri, jadi anda perlu bijak memadankan gaya untuk kelihatan menarik. Jika anda tiada idea, pihak kami boleh mencadangkan gaya yang menarik untuk setiap item tersebut. Anda hanya perlu...

Fakta-fakta tentang bundle 6

ISTILAH-ISTILAH BUNDLE YANG MASIH RAMAI KELIRU Bale  – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100  – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah  – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton+50 poly. 3 kain  – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q  – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung  – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo  – Celoreng Ringer  – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir /  kain bulu katu  – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo  – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich  – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage. Double stich  ...

Fakta-fakta tentang bundle 5

Image
5.MENDAPAT UNTUNG JIKA DIJUAL SEMULA Ini merupakan satu keunikkan pakaian bundle berbanding baju baru atau butik. Pakaian bundle yang menjadi buruan kolektor mempunyai permintaan yang tinggi sehingga boleh mendapat untung yang berlipat kali ganda jika dijual semula. Mengumpul pakaian terpakai yang diburu kolektor, ibarat menbeli sebidang tanah. Kerana harganya semakin meningkat dari hari ke hari. Jadi jangan hairan jika nampak orang berpakaian baju lusuh tetapi menaiki kerata mewah kerana harga baju tersebut mungkin tidak "se lusuh" baju nya.  ;)

Fakta-fakta tentang bundle 4

Image
4.TIDAK SEMUA ORANG MAMPU MILIKI Percaya atau tidak sesetangah pakaian bundle kini sudah tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Ini kerana pakaian tersebut dalam golongan vintage. Sehelai pakaian vintage yang menjadi buruan kolektor tegar boleh mencecah ribuan ringgit.

Fakta-fakta tentang bundle 3

Image
3.DIMINATI OLEH SELEBRITI Pakaian bundle atau vintage ini juga diminati oleh sesetengah selebriti Malaysia mahupun luar negara. Ramai selebriti memakai baju band mungkin kerana meraka menjadikan band tersebut sebagai idola mereka.

Fakta-fakta tentang bundle 2

Image
2.LEBIH MAHAL DARI BAJU BARU@BUTIK Memang banyak baju bundle dipasar malam dijual pada harga yang begitu murah. Sehingga ada yang menjualnya pada harga tidak sampai seringgit pon sehelai. Namun, tahukah korang, dalam pakaian bundle terdapat pakaian lama atau lebih dikenali sebagai baju vintage. Baju vintage mempunyai harga yang tinggi dan ada sesetangah daripadanya mempunyai harga yang diluar jangkaan. Disini saya sediakan contoh sehelai baju vintage yang tergolong dalam golongan vintage band yang pernah di buka untuk jualan. Tahukah korang baju ini pernah dibida dengan harga  RM15000

Fakta-fakta tentang bundle 1

Image
1.BUKAN KERANA HARGA YANG MURAH Kebanyakkan peminat bundle di Malaysia kini gemar ke kedai bundle bukan lah untuk mencari baju yang berharga murah tetapi mereka mencari baju-baju yang sukar di perolehi atau rare. Kebiasaan nya baju yang dicari adalah seperti baju band, sportswear, branded dan banyak lagi. Baju band dikatakan rare kerana baju tersebut akan dikeluarkan untuk event tertentu sahaja. Jika tamat event tersebut, maka tiada lagi jualan baju itu. Jadi baju itu di cetak dalam kuantiti yang terhad. Namun, tidak semua baju band menjadi buruan peminat. Hanya band- band tertentu sahaja yang di cari. Sebagai contoh, Iron Maiden, Rolling Stones, Metallica, Antrax dan banyak lagi.

Tentang Kami

Tentang Kami Syarikat kami merupakan syarikat menjual baju bundle. Kami menyediakan barang-barangan bundle seperti baju dan beg. " Pakaian bundle atau juga dikenali sebagai pakaian secondhand bukan lagi asing pada rakyat Malaysia. Tapi tahukah korang banyak fakta menarik tentang pakaian bundle dan peminat pakaian bundle di Malaysia ini yang korang tak tahu.  Mesti anda pernah melihat baju dan beg bundle yang begitu menawan .Ia barang-barangan tersebut mempunyai nilainya yang tersediri malah ada juga nilainya mencecah puluhan ribu ringgit. " Mungkin ada beberapa pihak yang mencemuh pada pakaian bundle kerana harga nya yang tidak masuk tapi kami pihak-pihak bundle tidak kecil kerana tomahan mereka menjadi pemangkin semangat kami.