Posts

Pasaran bundle

PASARAN BUNDLE Baju bundle sangat popular di Malaysia, Indonesia, Kemboja, Thailand, Vietnam & Filipina. Selain murah, industri baju bundle juga menyediakan akses kepada jenama asing terkenal, gaya, budaya & fashion.Beberapa item yang telah dinilai sebelum pembungkusan & ini akan lebih tinggi bayarannya. Semakin tinggi grade, semakin baik kualiti barang.  Kita harus mendapatkan barang "bundle" yang nyata. Permainan dunia bundle adalah seperti baju, seluar, kasut, jam, topi, kaca mata & sebagainya. Bagi pengumpul tegar barang bundle mereka mencari barang lama @ vintage seperti Levi’s Big E, Rindem, Sidedam & sebagainya.

Tips memulakan perniagaan bundle

BALE TOKOL BUNDLE Nak mulakan perniagaan bundle? Nak dapatkan tips? Sini Sha ada sedikit tips. Perbezaan antara belian kilo a.k.a Biz/ bisnes Purpose dan belian bale tokol bundle. Biz purple, seller beli toko, kemudian bungkuskan balik dalam bentuk yang lebih kecil. Biasanya bale 45-50 atau sehingga 80-100 kg. Seller akan repack balik dalam 1 kg, 2kg 5kg atau 10 kg. Repack ni mungkin tidak repack betul-betul. Hanya letak dalam plastik lutsinar atau hanya timbang sahaja dan bungkus biasa untuk dipos. Kalau anda nak ambil Kilo, di bawah ini adalah sedikit tips: Survey dulu Tak perlu sort – ambil masa yang lama untuk sort Iron cantik-cantik Risiko kurang Ambil bau Stain – Sental Studi fotofon Studi pasaran (market) Kalau on boleh ambil bale Biar terpakai asalkan ori. Nak fake/copy pergi beli di Uptown. Pam modal untuk borong di China. Kalau nak berniaga bundle lebih baik ambil bale – ori dari kilang. Bukan yang dah dibuka. Sebab kalau dah pili...

Tips membeli pakaian di kedai bundle

TIPS MEMBELI PAKAIAN DI KEDAI BUNDLE 1. Rancang masa perjalanan anda Aku gerenti, 1 jam pun belum cukup untuk korang belek semua baju yang ada di kedai bundle yang besar tu. Sila pergi ke kedai bundle pada hari yang korang rasa santai, sebab korang kena spend masa yang agak lama untuk pilih pakaian. 2. Memilih pakaian yang elok dan bersih Ini personal tips aku kalau nak beli baju di bundle, aku akan selak dengan sepantas kilat dan sekali lalu semua baju-baju yang bergantung tu (ya, semua) dan ambil mana yang aku berkenan. Dah siap selak semua, aku check betul-betul yang aku dah berkenan tu, kena pastikan ada cacat cela ke tak..then pilih yang terbaik. 3. Bersiap-sedia dengan kekecewaan Dah spend berejam belek-belek pakaian kat sana, tup..tup akhirnya tak dapat apa pun. Takde yang berkenan, ada yang berkenan tapi ada kotoran degil pulak..so itu memang lumrah kalau kita shopping di bundle. Aku pun selalu dah belek satu kedai, tapi balik dengan tangan kosong. 4. Cu...

Fakta-fakta tentang bundle 11

TAK KOTOR DAN BERPENYAKIT KE PAKAIAN BUNDLE semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil  "bau bundle" ... bau bahan kimia yang digunakan tu. tp di XY BUNDLE, kita orang basuh dan gosok dahulu pakaian bundle ni sebelum dijual supaya lebih bersih dan cantik. dah banyak dah pun kedai bundle yang basuh pakaian bundle ni sebelum dijual. pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau. dah panjang dah ni... cukuplah sampai disini dulu.. next post nanti aku akan ceritakan pula tentang harga pakaian bundle ni... macam mana penjual bundle ni letakkan harga mereka...

Fakta-fakta tentang bundle 10

APA YANG MENARIK TENTANG BUNDLE kepada mereka yang tak pernah @ tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. tp apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. kualiti kain dan printing memang bagus. bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. jenama-jenama besar seperti levi's, dockers, polo, harley davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni. kalau display kat kedai tu, memang tak lama la... kejap je ada peminat dia datang beli... seronok tengok.

Fakta-fakta tentang bundle 9

JENIS PAKAIAN BUNDLE jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke bra dan girdle. hehehe.. memang 1001 macam jenis pakaian. tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. selagi benda tu boleh digunakan semula, memang akan dijual sebagai bundle.

Fakta-fakta tentang bundle 8

APA SEBENARNYA PAKAIAN BUNDLE Pakaian bundle ini sebenarnya pakaian yang terpakai yang dimport dari luar negara seperti USA, JEPUN, UK, KOREA dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni.Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh menjumpai pakaian itu dengan 'tag'. Kemungkinan besar pakaian itu tidak pernah dipakai ataupun pakaian itu direject atau stok lama dari kedai