Tips membeli pakaian di kedai bundle
TIPS MEMBELI PAKAIAN DI KEDAI BUNDLE
1. Rancang masa perjalanan anda
Aku gerenti, 1 jam pun belum cukup untuk korang belek semua baju yang ada di kedai bundle yang besar tu. Sila pergi ke kedai bundle pada hari yang korang rasa santai, sebab korang kena spend masa yang agak lama untuk pilih pakaian.
2. Memilih pakaian yang elok dan bersih
Ini personal tips aku kalau nak beli baju di bundle, aku akan selak dengan sepantas kilat dan sekali lalu semua baju-baju yang bergantung tu (ya, semua) dan ambil mana yang aku berkenan. Dah siap selak semua, aku check betul-betul yang aku dah berkenan tu, kena pastikan ada cacat cela ke tak..then pilih yang terbaik.
3. Bersiap-sedia dengan kekecewaan
Dah spend berejam belek-belek pakaian kat sana, tup..tup akhirnya tak dapat apa pun. Takde yang berkenan, ada yang berkenan tapi ada kotoran degil pulak..so itu memang lumrah kalau kita shopping di bundle. Aku pun selalu dah belek satu kedai, tapi balik dengan tangan kosong.
4. Cuci sebelum pakai !!
Ini wajib !! Basuh bersih-bersih pakaian yang dibeli tu before korang pakai bagi mengelakkan sebarang penyakit. Hahaha :p
Comments
Post a Comment